Tuesday, 30 January 2018

Laman Utama

Kampung Beruas


Kampung Beruas dan Kampung Jalan Tegak merupakan Perkampungan Tradisional yang terletak di bawah Pentadbiran Mukim Kuala Pahang. Tidak banyak yang diketahui mengenai asal usul kedua-dua kampung ini, sama ada benar atau sebaliknya cerita ini tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Hanya diketahui umum, nama Kampung Beruas ini, diambil sempena nama Pokok Baruas yang dahulunya banyak terdapat di kampung ini. Ianya diberi nama oleh orang-orang mendatang pada suatu masa dahulu.

Manakala Kampung Jalan Tegak pula diberi nama setelah penduduk kampung Beruas menebang hutan belukar dan membuat satu jalan lurus (tegak) ke kawasan yang tidak berpenghuni pada ketika itu dan kemudiannya dinamakan Kampung Jalan Tegak.

Pada ketika itu, pentadbiran kedua-dua kampung tersebut telah diasaskan oleh pengasasnya atau lebih di kenali sebagai Ketua Kampung.

Terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk dilawati dan dikunjungi disekitar kawasan berdekatan Kampung Beruas dan kampung berdekatan dalam Mukim Kuala Pahang antaranya Pantai Air Leleh, Industri IKS, Jeti Ikan serta berhampiran dengan IPT iaitu Universiti Malaysia Pahang yang mana perjalanannya mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk ke sana.

Perjalanan ke Bandar Pekan juga hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai dan disekitar Bandar Pekan bolehlah pergi berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar, Galeri Pengangkutan Air (Pulau Beram), Galeri Tun Abdul Razak dan Pusat Tenun (Pulau Keladi), River Front, Bangunan Serambi Pekan, Istana Abu Bakar, Padang Polo dan banyak lagi tempat menarik yang pastinya perjalanan ke destinasi tersebut tidak mengambil masa yang lama (kurang dari 30 minit).

No comments: